JOM Sertai Kami Kalau Nak Bergelar Jutawan.......

Monday, October 3, 2011

Info CDs...

Salam mesra dan TAHNIAH kerana anda berminat dengan dunia Cloth Diapers (atau Bahasa Melayu nya lah: Kain Lampin Moden)!
Ya, saya memang setuju, Cloth Diapers zaman sekarang bukan lagi seperti kain lampin putih yang mak dan nenek kita pakaikan pada kita dengan pin besar dan lapisan plastic waterproof tu…! Oh, tidak… Kalau macam tu, memanglah menyusahkan dan lebih baik pakai lampin pakai buang (disposable diapers) bukan?
Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam subjek Cloth Diaper ni, memanglah pening kepala dan rasa macam susah je nak faham. Banyak sangat bahasa teknikal, jenama, cara-cara pemakaian, isu harga dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada usaha dan inisiatif untuk mempelajari lebih tentang Cloth Diaper ni, ia adalah suatu produk yang sungguh hebat untuk digunakan untuk anak anda! 

CARA BASUH CLOTH DIAPERS (CD)

1. Basuh dahulu Cloth Diapers (CD) dan 'insert' (2-3kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensetif. Bilas, perah dan jemur hingga kering. Note : Mungkin boleh gunakan Sabun Kiddie Wash.

 

Kiddie Wash juga ada dijual di sini dan sekiranya berminat boleh la buat pesanan di order form........murah jerkk sebotol baru RM 16.00 ex-clude postage lah yerrr.....

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki). Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan 2 'insert' ke dalam poket CD. Walaupun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama di pakai.

3. Sebelum di basuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut). atau dimasukkan ke dalam misen basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya di masukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).

4. JANGAN masukkan 'softner' atau clorox semasa membasuh kerana 'softner' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (cthnya 'sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.

5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkannya. Boleh diperah limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur di tengah matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya cthnya 'sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memiliki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

Masalah Membasuh CD

Masalah Stool : bahagian inner CD berwarna kuning/sedikit hitam
Penyelesaian : gosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dijemur di kawasan panas kesan
                      tersebut akan hilang. Juga boleh gunakan baking soda.

Masalah lain : geli dengan stool anak
Penyelesaian : alaskan dengan Bio-degradable liner - boleh flush away dalam toilet.

Tip Untuk Penggunaan Cloth Diapers

1. Sewaktu pertama kali menggunakan CD, anda perlu selang-selikan penggunaan CD dengan lampin pakai buang, sehinggalah jumlah CD anda mencukupi untuk anak anda ber-CD sepenuhnya. CD juga seperti pakaian anda, jika sedikit jumlahnya, semakin kerap pula dibasuh....tentulah makin cepat lusuh bukan? Anda perlu bijak buat anggaran penggunaan untuk seminggu, sekurang-kurangnya setiap CD itu hanya di basuh/di ulang guna tidak lebih 2 kali (sebulan sudah 8 kali?). Lebih banyak CD anda, lebih bagus. Tapi, mulakan koleksi sedikit demi sedikit, lama-lama banyaklah stok CD anda!

2. Pembasuhan menggunakan 'cuka' dan 'soda bikarbonat' adalah jauh lebih selamat daripada bahan kimia dalam sabun pencuci biasa, melainkan anda menggunakan sabun basuh organic/ chemical free. Mungkin, sesetengah  kulit bayi adalah sangat sensetif terhadap bahan ini.

Namun, 'Strip washing' (masukkan cuka dan soda bikarbonat) yang disarankan adalah sangat minimum, iaitu 2 bulan - 6 bulan sekali, dan hanya satu sudu kecil soda dan satu sudu makan cuka. Dan pastikan basuhan anda adalah bersih, tanpa kesan sabun yang tertinggal.

3. Jika anak anda mengalami 'nappy rashes', mungkin terdapat pembasuhan yang kurang bersih, terperam dalam CD basah lebih 3-4 jam. Atau anak anda alah terhadap kain polyster (microfleece ialah sejenis polyster) yang jarang berlaku. Mungkin anda perlu gunakan cloth diapers yang lapisan dalamnya diperbuat daripada cotton/ natural cloth lain.

So disarankan lebih kerap anda tukar CD anak anda, lebih bagus. Sanggupkah anda memakai pakaian yang telah terkena pee-pee @poo-poo untuk 4 jam? Tidak bukan? So, kenapa tidak anak anda yang lebih sensetif kulitnya?

Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :

7-10 pg : 1 helai cd + 1 helai insert
10-1 tg :1 helai cd + 1 helai insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 helai insert
4-7ptg : 1 helai cd + 1 helai insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert

so total penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 insert.



ANDA JIMAT RM3000 UNTUK SEORANG BAYI...

No comments:

Post a Comment